Tips Memilih Domain untuk blog atau website anda!

Salam Isnin untuk semua usahawan di luar sana. Hari ini kami ingin berkongsi tips memilih domain untuk blog atau website anda. 


Apa itu Domain?

Domain adalah nama unik untuk mengenalpasti nama server komputer seperti web server atau email server di jaringan komputer ataupun internet. Domain juga dikenal istilah URL, atau alamat website

Apakah Fungsi Domain?

Domain berfungsi untuk mempermudahkan pengguna melakukan pencarian di internet, iaitu akses ke server, dan juga untuk mengingat nama server yang dikunjungi tanpa perlu mengenal urutan angka
 ( IP address). 


Tips Memilih Domain untuk blog atau website anda.



  • Pilih nama domain yang berkaitan dengan bisnes anda. 
  • Pilih domain yang mempunyai keyword bisnes yang anda lakukan. 
  • Jika anda memilih domain untuk blog personal, gunakan nama anda sendiri adalah lebih baik. 
  • Pilih nama domain yang mudah diingat.
  • Gunakan domain yang mudah diucapkan, difahami, dan diingat.  Jika memberitahu seseorang nama domain anda secara verbal – misalnya melalui telefon – domain yang terlalu panjang atau sukar di sebut menyukarkan orang lain untuk ingat dan membuat orang lain keliru. 
  • Sebaiknya anda menggunakan TLD (Top Level Domain) seperti dot com untuk nama domain anda. TLD .com adalah eksetensi domain yang paling mudah diingat orang.

  • Elakkan penggunaan karakter yang tidak perlu pada domain anda. 
  •  Penggunaan tanda minus, angka, atau huruf tambahan akan mempengaruhi kekuatan SEO website anda. 
  • Beli domain anda dengan pendaftar domain yang dipercayai dan mempunyai support group yang boleh membantu anda dalam urusan memasukkan nama domain ke blog dan website anda. Kami mengesyorkan anda membeli domain anda di NETKL

Semoga perkongsian dan panduan yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada anda dalam memilih nama domain yang terbaik.

Jika anda perlukan bantuan untuk mendaftar nama domain , kami juga menyediakan servis pemasangan domain serta upgrade blog atau website. KLIK DISINI untuk info lanjut.

 Sebarang pertanyaan hubungi kami di :- 
 Whatsapp ; 013 9724737
 PM inbox : BG Design 
Emel : bgdesign.biz@gmail.com

0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply