Cara Paling Cepat dan Mudah Dapat Pembeli!


Salam pagi Ahad untuk semua usahawan di luar sana. Hari ini kami ingin kongsi satu strategi pemasaran iaitu cara paling cepat dan mudah dapat pembeli produk yang anda jual, tak kira sama ada anda jual secara online atau offline.

Nak tahu apa? Teruskan membaca =)

Kami telah menganalisa beberapa kajian yang terbukti kesahihannya tentang strategi pemasaran yang paling efektif.



  • "Kualiti Vs Kuantiti " - Isi kandungan ulasan yang berkualiti oleh pengguna yang di tulis diblog dan laman sosial adalah lebih penting untuk memacu jualan daripada bilangan komen  mengenai mana-mana produk atau jenama. 

  • Kajian Local Consumer Review Survey menunjukkan 79%  pengguna membeli sesuatu produk di pengaruhi online review ( ulasan / review produk di blog dan laman sosial) 

  • Survey oleh Dimensional Research menunjukkan 90%  keputusan membeli sesuatu produk di pengaruhi oleh review di atas talian.

  • Artikel di BrightLocal melaporkan 85% pengguna membaca ulasan produk sebelum membeli. Ia juga melaporkan sebanyak 67% pengguna membaca sekurang-kurangnya 6 ulasan sebelum membeli dengan membanding beza kebaikan dan keburukan sesuatu produk. 
Maka dengan perkongsian di atas, kami dapat simpulkan bahawa cara paling cepat dan mudah dapat pembeli adalah ulasan atau review dari pihak ketiga yang di tulis di blog dan laman sosial. 

Tidak hairanlah, ada yang sanggup membayar mahal untuk upah penulis blog untuk menulis review produk mereka. 

Trend instagram review dengan upah review pun semakin hangat sekarang. 

Impak ulasan dari pihak ketiga memberi kesan physiological yang di namakan " mere-exposure effect" .

Ucapan terima kasih kami tidak terhingga untuk semua usahawan di luar sana yang sudi bekerjasama dengan kami dan memberi ulasan yang membina untuk servis yang kami tawarkan di BG Design. Nak tahu apa servis yang kami tawarkan untuk bantu bisnes anda? KLIK DISINI - Servis Kami


Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi kami di :- 
 Whatsapp ; 013 9724737
 PM inbox : BG Design
 Emel : bgdesign.biz@gmail.com

0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply