Nak Pilih Percetakan Offset atau Digital?

Teknologi percetakan komersial yang digunakan hari ini adalah "Offset" dan percetakan "Digital" - dan salah satu soalan yang paling biasa dalam percetakan, "Nak Pilih Percetakan Offset atau Digital?"





Percetakan Offset melibatkan proses mekanikal menggunakan lapisan dakwat dengan kertas dengan siri penggelek. Setiap roller mempunyai dakwat seperti - Cyan, Magenta, Kuning dan Hitam  atau lebih dikenali dengan "CMYK" .Kemudian warna yang terhasil di pindahkan ke atas media (kertas). Proses percetakan Offset ini melibatkan proses Lithoghraphy iaitu satu proses yang berasaskan kepada konsep minyak dan air.





Percetakan digital adalah proses percetakan dari imej berasaskan digital terus kepada pelbagai media (jenis kertas) . Ia biasanya merujuk kepada percetakan profesional di mana kerja-kerja kecil yang dikendalikan dari penerbitan atas meja dan sumber digital yang lain dicetak menggunakan format besar seperti banner dan banting.

Kami menggunakan Konica Minolta bizhubpress c8000 untuk menghasilkan percetakan digital yang berkualiti tinggi.

Maka mana satu pilihan harus dibuat untuk mencetak bahan pemasaran offline anda?



  • Pertama sekali, tentukan kuantiti bahan yang anda mahu. Jika kuantitinya kecil, percetakan digital adalah pilihan terbaik anda, jika kuantitinya besar percetakan Offset adalah pilihan anda.
  • Kedua, dari segi masa. Percetakan digital adalah lebih cepat berbanding percetakan Offset


Kami di BG Design menawarkan produk percetakan Offset untuk pelbagai bahan pemasaran offline seperti bisnes kad, flyers, brochure dan macam-macam lagi.

Manakala, percetakan digital kami menawarkan perkhidmatan percetakan bisnes kad tahan lasak, flyer dan brochure serendah 10 keping dan pelbagai lagi.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi kami di :- 
Whatsapp : 013 9724737
 PM inbox : BG Design
 Emel : bgdesign.biz@gmail.com


0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply