5 Tips Pemasaran "WAJIB" untuk peniaga kecil.


Salam Pagi Isnin untuk semua pengunjung BG Design.biz. Hari ini mari kita kongsi 5 Tips Pemasaran "WAJIB" untuk peniaga kecil yang mahu bisnes mereka berkembang lebih maju di masa hadapan.


1. Rajin Update Status di Laman Sosial ( Facebook, Instagram dll)



Setiap hari pastikan anda update status di laman sosial tentang perkembangan bisnes anda, contoh pergi hantar barang, pergi jumpa customer dan macam-macam lagi update yang boleh anda kongsikan.

JANGAN sesekali update status NEGATIF seperti luahan perasaan, maki hamun, mengumpat dan sharing post yang tidak membawa kebaikan.


2. Amalkan " Referral Marketing"

" Referral Marketing" adalah teknik pemasaran yang menggunakan customer sedia ada untuk promote pada rakan-rakan mereka.

Setiap kali selesai urusan dengan customer, tanya feedback dan komen mereka dan bagitahu mereka untuk promote pada raakan-rakan.

Anda juga boleh tawarkan reward untuk customer tadi jika mereka berjaya melakukan " Referral Marketing" untuk bisnes anda!


3.  Jadikan pelanggan anda adalah PEMINAT SETIA!


Bagaimana nak jadikan pelanggan sedia ada bertukar menjdi peminat?

Tawarkan kepada mereka apa yang mereka suka. Tarik minat mereka dengan sesuatu yang mereka inginkan.

Contohnya kami di BG Design, sentiasa memberi ilmu pemasaran terkini, kaedah pemasaran online dan offline, dan tutorial untuk pelanggan sedia ada supaya menjadi "peminat" kami.

4. PROMOSI!

Dalam setiap bulan pilih hari ( selalunya hari gaji) untuk buat Promosi.

Contohnya pada bulan ini kami lancarkan Promosi Blog - Flash Sale Up to 50%

Selain promosi dengan memberi diskaun, anda juga boleh tawarkan produk PERCUMA atau servis PERCUMA.

Jangan takut rugi dengan lakukan promosi dan berikan produk percuma, bayangkan 100 orang yang dapat harga murah dan produk percuma melakukan " referral marketing" untuk kita, mungkin kita akan dapat pulangan 2 kali ganda.

Ingat, " The More you Give, The More you Get! "





5. Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan


Orang berniaga mesti giat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Bermula dengan rajin pergi masjid, dan join aktiviti masyarakat setempat. Jadikan diri kita dikenali supaya orang lain mudah mendapat produk dan servis yang kita tawarkan. 

Pastikan sentiasa bawa bisnes kad untuk tujuan promosi bisnes sambil bersosial dan menguatkan tali silaturrahim.

Selain itu, cari mana-mana badan sosial yang selalu buat aktiviti, hubungi mereka untuk turut serta dan bekerjasama. Cari ruang untuk menaja apa sahaja asalkan jenama kita boleh dilihat. Network dapat, pahala dapat, branding pun dapat.

" Pemasaran bukan sekadar teori, malah ia harus dijiwai. Pepatah Banjar menyebut, ” Marketing is not a department, Marketing is an attitude “. Kerja-kerja begini tidak boleh dibuat-buat, memang tak menjadi. Ia mesti lahir tulus dari hati. InshaAllah lama-lama mesti menjadi. " - Majalah Niaga

Idea Asal : Majalah Niaga 

0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply