Tips untuk usahawan - Jangan guna Facebook sahaja!

Salam Pagi  Ahad untuk semua usahawan diluar sana.

Hari ini kami ingin berkongsi satu tips penting untuk usahawan - Jangan guna facebook sahaja!

Ramai usahawan yang berjaya close sale melalui medium facebook, dan menjadikan facebook satu-satu lubuk "emas"untuk dapat customer.

Kenapa JANGAN GUNA Facebook sahaja??

Segelintir bisnes yang terlalu bergantung kepada jualan dari pelanggan baru melalui facebook. Jika iklan tidak aktif, maka tiada pelanggan. Pendek kata, tiada iklan , tiada jualan.

Sekarang, Facebook sudah tidak seperti dahulu. Polisi dan syarat sentiasa berubah dan semakin ketat. Soalan penting : Sampai bila nak bergantung pada jualan dari pelanggan baru, sedangkan peraturan di Facebook semakin hari semakin berubah ?


Jangan guna facebook sahaja bukan bermaksud kita harus abaikan peranan Facebook dalam bisnes kita. 

Tahu tak analogi facebook ni macam kolam? Pengguna facebook pula ibarat ikan.



Ikan ada macam-macam jenis. Ada yang terkena "umpan" kita dan ada yang tak berselera pun tengok "umpan" kita.

"Tangkap ikan-ikan ini, dan keluarkan dari kolam Facebook. Kita bela di kolam sendiri. Media sendiri. Peraturan kita sendiri. Tiada potensi untuk akaun didenda oleh Facebook. Tiada kebarangkalian untuk iklan kita tidak diluluskan oleh Facebook. Hidup lebih tenang walaupun iklan tidak dijalankan." - Majalah Niaga

Nak tahu macamana nak set up kolam sendiri? 

Paling asas, set up blog bisnes anda sendiri. 

Follow up dengan customer sedia ada. 
Perasan tak ?  Kita selalu makan di kedai yang sama. Kita selalu beli barang di kedai yang sama. Nampak ? Pelanggan sedia ada lebih mudah untuk membeli lagi dan lagi.

Anda perlukan bantuan kami untuk membina blog atau website bisnes anda? Nak tak dapat harga istimewa dan hadiah PERCUMA? Klik DISINI untuk ketahui lebih lanjut tentang PROMOSI FLASH SALE yang sedang berlangsung.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi kami di :- 
 Whatsapp ; 013 9724737
 PM inbox : BG Design
 Emel : bgdesign.biz@gmail.com

0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply