Tips Persiapan Majlis Budget!



Sekarang tengah musim raya cina, ramai yang ambil peluang langsungkan majlis seperti akikah, pertunangan dan perkahwinan. Rata-rata kenalan di laman sosial juga "upload live update" pergi majlis sana sini.

Setiap majlis yang berlangsung akan lebih menyerlah dengan gabungan warna, tema dan dekorasi yang unik dan cantik.

Majlis yang meriah dengan kehadiran tetamu dan dekorasi cantik tidak semestinya memerlukan belanja yang mahal. 

Tips Persiapan Majlis Budjet!

1) Perkara yang paling penting sebelum mengadakan sebarang majlis adalah JEMPUTAN. Trend terkini untuk menjemput tetamu adalah menggunakan KAD DIGITAL yang boleh dihantar melalui aplikasi Whatsapp. >> KLIK untuk dapatkan KAD DIGITAL PERCUMA<<

2) Jika anda memilih untuk mencetak kad jemputan anda, pilih kad dengan harga budget dan jangan cetak terlalu banyak. Hadkan jumlah tetamu yang bakal anda jemput melalui kad jemputan. Tidak perlu mengeluarkan budget besar untuk kad jemputan yang pastinya 99% tetamu anda akan buang ke tong sampah jua akhirnya. 


3) Backdrop untuk photobooth atau candy buffet anda boleh DIY sendiri. Salah satu cara mudah adalah cetak sahaja menggunakan material banner dan gantung di dinding. Hiaskan dengan bunga atau belon. 


4) "Freeze The Moment" - jangan terlalu mengikut trend dengan menggunakan perkhidmatan photographer beserta pakej photobook yang mahal. Gunakan servis dari kenalan rapat atau saudara mara yang mahir mengambil gambar dan bukukan gambar anda sendiri dengan photobook.com.my. Kosnya jauh lebih murah!

5) Rancang menu untuk jamuan. Lakukan survey makanan yang sedap dengan harga berpatutan. Pastikan makanan yang di masak atau ditempah tidak melebihi jumlah anggaran tetamu, bagi mengelakkan pembaziran makanan dan wang!


0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply