QR Code - Letakkan di mana-mana!


Trend terkini strategi pemasaran adalah aplikasi QR Code yang diletakkan di mana-mana, termasuk di dalam bisnes kad, flyers, brochure, poster dan pelbagai medium pemasaran lain. 

Apakah itu QR Code?

QR Code adalah singkatan bagi Quick Response Code iaitu Kod Respon Pantas!

Apakah Kegunaan QR Code?


QR Code boleh digunakan untuk berkongsi 4 jenis maklumat :- 

  • Alamat laman web / URL
  • Kandungan Teks (250 aksara)
  • Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
  • Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)
Apakah kelebihan menggunakan QR Code?

 Berbanding Barcode yang hanya boleh menyimpan nombor dan huruf dan akan mengambil ruang selaras dengan panjang kod tersebut, QR Code sangat fleksible dengan keupayaan storan yang dinyatakan diatas. Hanya sekali imbas menggunakan aplikasi yang disediakan, anda dapat maklumat yang ingin dikongsikan.

Contoh Penggunaan QR Code

1) Bisnes Card


2) Keratan Akhbar dan Majalah


3) Outdoor Poster


4) Kad Jemputan Kahwin


5) Direct ID We Chat


Dan 1001 kegunaan QR Code yang boleh kita semua manfaatkan, terutamanya golongan usahawan dalam strategi pemasaran secara offline dan online. 

Cara hasilkan QR Code.

1.  Buka website www.qrstuff.com

2. ikut 4 langkah mudah, yang disediakan pada laman web tersebut, dan apabila kesemua langkah selesai, klik "DOWNLOAD" untuk memuat turun QR Code Perniagaan Anda dalam bentuk gambar. 


3. Copy Paste gambar QR Code yang terhasil, dan letakkan di mana-mana bahan bercetak atau poster yang anda inginkan. 


Cara Membaca/Mengimbas QR Code

1) Menggunakan SmartPhone.

Boleh install Apps QR Code scanner di playstore atau Apple store. 

2) Menggunakan PC/Desktop
Boleh install Apps QR Code Scanner seperti Code Two QR Code


Mudah dan seronok kan dengan aplikasi QR Code ini? Jika anda ingin menggunakan QR Code ini di sertakan dalam design yang kami hasilkan, boleh berbuat demikian dengan berikan kami details lengkap yang anda inginkan.   




0 comments :

Post a Comment

Cancel Reply